KEMUDAHAN DI JELEBU

Perhentian Bas Kuala Klawang
Maklumat :
| |  | Perhentian Bas Kuala Klawang telah dinaiktaraf pada tahun 2005 dengan membawa konsep minang yang mana konsep ini jelas terlihat pada rekabentuk bumbungnya. Kemudahan ini dibina bagi memudahkan semua penduduk di daerah Jelebu menunggu bas dengan selesa dan selamat. |
| |  | Mempunyai kemudahan seperti tandas awam dan surau, perhentian ini memberi sepenuh keselesaan kepada penduduk sementara menunggu masa ketibaan bas. |
Taman Awam Kuala Klawang
| |  | Berdekatan dengan taman permainan kanak-kanak serta perpusatakaan awam kawasan ini adalah satu kawasan yang amat popular di Jelebu. Dengan kehijauan dan ketenangan kawasan ini, pengunjung bukan sahaja dapat melihat keindahan malah dapat menenangkan fikiran selepas seharian melakukan tugas. |
Mini Stadium
Maklumat :
| |  | Pembinaan Mini Stadium yang masih sedang berjalan dijangka siap pada bulan Ogos 2007 bagi menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-50. |
| |  | Berkonsepkan kesinambungan warisan yang mengekalkan ciri-ciri Minangkabau sebagai imej utama, ia bukan sahaja bakal memberi keselesaan kepada orang ramai malah memberi kebanggaan kepada warga Jelebu di atas pembinaannya. |
Pentas Budaya
Maklumat :
| |  | Berdekatan dengan Muzium Adat, Pentas Budaya digunakan bagi tujuan pembelajaran tarian atau pertunjukan seni budaya. |
| |  | Bercirikan Minangkabau, Pentas Budaya ini melambangkan bahawa warisan yang sentiasa terpelihara walaupun arus kemodenan sentiasa berubah. |