 Encik Zulkifli bin Baharan Yang DiPertua, Majlis Daerah Jelebu Laman web Majlis Daerah Jelebu (MDJ) merupakan penghubung semua lapisan masyarakat dengan pihak Majlis Daerah Jelebu. Kewujudannya adalah sebagai ruang informasi kepada orang ramai untuk mengetahui serba ringkas fungsi serta program Majlis Daerah Jelebu. Khususnya apakah perancangan, pembangunan, perkhidmatan yang disediakan, perbelanjaan yang digunakan, serta program dan aktiviti yang dirancang untuk kebaikan dan manfaat seluruh warga Jelebu. Majlis Daerah Jelebu menyahut seruan kerajaan dalam mencapai status Koridor Raya Multimedia secara global melalui penggunaan teknologi maklumat. Sistem Aduan secara online yang akan dibangunkan melalui Sistem e-PBT juga merupakan projek yang dijayakan oleh Majlis Daerah Jelebu dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatannya kepada rakyat Malaysia amnya dan penduduk Jelebu khasnya bersempena dengan era baru yang mana penggunaan teknologi berada pada puncaknya. Saya berharap, kewujudan laman web ini akan dapat dimanfaatkan semua pihak. Sekian, selamat melayari laman web Majlis Daerah Jelebu. " Maju Disiplin dan Jujur" Encik Zulkifli bin Baharan Yang DiPertua, Majlis Daerah Jelebu
|