SENARAI PERKHIDMATAN

1. Sewaan Khemah
Menyediakan perkhidmatan sewaan khemah termasuk peralatan bagi tujuan rasmi atau tidak rasmi. Pemohon persendirian boleh membuat permohonan melalui urusetia dengan mengemukakan borang permohonan seminggu sebelum tarikh pemasangan.
2. Sewaan Peralatan (Kerusi/Meja)
Menyediakan perkhidmatan sewaan kerusi meja untuk tujuan-tujuan atau program-program rasmi atau tidak rasmi.
3. Pengeluaran Lesen Perniagaan
Permohonan mendapatkan lesen perniagaan boleh di buat di Unit Perlesenan dengan mengemukakan Borang Permohonan Lesen serta dokumen yang diperlukan dengan bayaran proses sebanyak RM12.00.
4. Pengeluaran Permit Sementara
Pemohon yang ingin menjalankan perniagaan mestilah mendapatkan Permit Perniagaan Sementara sebelum Lesen Perniagaan diluluskan.
5. Pungutan Sampah
Sebuah syarikat swasta telah dilantik bagi melakukan perkhidmatan ini. Pungutan sampah dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan dipersetujui.
6. Keceriaan Pekan
Perkhidmatan ini adalah bagi menjamin keceriaan pekan dan menyediakan persekitaran yang lebih baik untuk orang awam. Penyelenggaraan pokok-pokok dilakukan mengikut jadual oleh kakitangan yang dipertanggungjawabkan.
7. Permohonan Kerja Tanah
Perkhidmatan yang ditawarkan kepada pemohon yang ingin melakukan binaan tetap terhadap bangunan sediada.
8. Permohonan Pelan Setara
Perkhidmatan yang ditawarkan kepada pemohon yang ingin melakukan binaan tetap terhadap bangunan sediada.
9. Pendaftaran Kontraktor
Perkhidmatan ini disediakan untuk semua kontraktor-kontraktor yang ingin membuat pendaftaran di Majlis Daerah Jelebu sebelum dibenarkan memasuki tender/sebutharga yang dibuat.
10. Penyelenggaraan Jalan/Lorong Belakang
Perkhidmatan penyelenggaraan ini dibuat bagi memberi keselesaan kepada pengguna yang menggunakan jalan-jalan/lorong-lorong belakang di taman-taman perumahan atau premis.
11. Kebenaran Merancang
Digunapakai bagi mengawal pembangunan agar selari dengan rancangan pembangunan daerah.