BAHAGIAN KEJURUTERAAN DAN PEMBANGUNAN

 
Ketua Bahagian : Encik Mohammad Taufik bin Ismail

(Penolong Jurutera Gred J29)

taufik@mdjelebu.gov.my


Objektif

Menjalankan tanggungjawab secara profesional dalam melaksanakan projek pembangunan dan penyediaan infrastruktur dan kemudahan di kawasan operasi Majlis Daerah Jelebu, dan seiring dengan meningkatkan kesejahteraan penduduk melalui pembangunan yang di laksanakan secara terancang dan sistematik


Fungsi Bahagian

Memproses pelan-pelan kejuruteraan dan bangunan
Menguruskan dan melaksanakan kerja-kerja kemudahan awam dan hari perayaan
Perancang insfrastuktur dan kemudahan awam
Membina dan menyelenggara parit-parit, pembetungan, saluran elektrik, saluran air dan telekomonikasi
Mengawal dan memproses permohonan kelulusan pelan bangunan
Merancang, melaksanakan dan mengawal pembinaan projek pembagunan
Mengurus Kontrak, sebutharga dan tender
Bertanggugjawab mempertingkatkan serta melicinkan pengurusan Jabatan Kejuruteraan dan Pentadbiran Majlis Daerah Jelebu
Memproses semua pelan-pelan insfrastuktur untuk kerja tanah, jalan dan lampu jalan
Memberi nasihat teknikal untuk projek-projek pembangunan yang dilaksanakan secara usahasama dengan pihak swasta

Penyelanggaraan

Penyelanggaraan pembaikan jalan, perparitan dan infrastruktur
Mengawal pembangunan oleh swasta
Menguruskan permit, penutupan pembangunan pengorekan jalan dan bahan binaan
Menyelenggara perabot jalan papan tanda lalulintas di bawah kawalan Majlis Daerah Jelebu

Bahagian Projek Khas

Melaksanakan projek-projek pembagunan Majlis
Melaksanakan Pembangunan insfrastuktur majlis
Menyelanggara Harta Majlis
Memantau semua projek-projek pembangunan dan penyelanggaraan
Menguatkuasa Akta 133 dengan memantau kerja-kerja pembinaan (kerja Tanah dan Insfrastruktur) yang dilaksanakan oleh pihak pemaju

 

Piagam Pelanggan

Menjawab surat-surat balasan penerimaan yang bukan di terima di kaunter dalam tempoh 7 hari
Mengambil tindakan ke atas semua aduan di dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh aduan yang diterima
Memproses dan mengeluarkan ulasan ke atas semua permohonan permit dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap. Surat kelulusan permit akan di keluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tarikh penerimaan semula setelah segala ulasan dan syarat di patuhi
Mengeluarkan surat sokongan permohonan pemulangan wang cagaran kejabatan kewangan dalam tempoh 14
hari bekerja dan tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap
Mengemukakan dokumen bayaran inden/tender/sebut harga ke Jabatan Kewangan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap
Memproses dan mengeluarkan ulasan ke atas semua permohonan Pra-Semakan kelulusan pelan-pelan Insfrastruktur dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap di kaunter urusetia OSC (PBT)
Mengeluarkan surat kelulusan kerja – kerja insfrastuktur untuk sokongan pengeluaran Sijil layak menduduki (CF) selewat-lewatnya 14 hari bekerja dari tarikh lawatan tapak yang di tetapkan oleh pihak urusetia OSC (PBT)    

<<Kembali

 

Bookmark and Share
1707 Views
Tarikh Kemaskini : 23 September 2013