LATA KIJANG




Lata Kijang

Hutan Lipur Lata Kijang terletak di Hutan Simpan Kenaboi dengan keluasan 6.47 ha.
Hutannya adalah dari jenis hutan Dipterokarpa Bukit
Sejauh 78 km dari bandar Seremban dan 45 km dari pekan Kuala Klawang
Tarikan utama kawasan hutan ini adalah air terjun Lata Kijang setinggi 80 meter merupakan air terjun paling tinggi di Negeri Sembilan, Gunung Besar Hantu (1462m), Gua Semong dan Gua Harimau, serta perkampungan Orang Asli.
Hutan Lipur Lata Kijang menyediakan kemudahan penginapan iaitu tapak perkhemahan terdapat 2 zon yang boleh menampung kapasiti seramai 300 orang.
Ia dilengkapi dengan tandas dan dewan serbaguna.


* Tempat ini sesuai untuk mereka yang cintakan kehidupan semula jadi kerana ianya kaya dengan kehidupan flora dan faunanya. Kepada pengunjung yang berhasrat untuk membuat penyelidikan, tempat ini begitu strategik sekali kerana kepelbagaian burung, tumbuhan, dan hidupan liar di sini memang tidak dapat dinafikan lagi. Keunikan hutan lipur ini adalah, kebanyakan daripada spesies tumbuh-tumbuhan di sini sukar ditemui di tempat lain.

 

<<Kembali

Bookmark and Share
7098 Views
Tarikh Kemaskini : 01 Ogos 2013