Latar Belakang  
Rss JPA oku SOUND Kecilkan Teks Kembali ke Asal Besarkan Teks Teks Warna Merah Teks Warna Biru Teks Warna Hijau
   Bahasa Melayu | English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
  Daftar
Carian
Homestay Klawang
HOMESTAY KLAWANG




             


Homestay Klawang


Homestay ini telah ditubuhkan pada 25 September 2008 dan merupakan homestay ke 8 yang diwujudkan di Negeri Sembilan. Jelebu merupakan Daerah yang cantik dan menarik serta juga kaya dengan tradisi yang datangnya dari Pulau Sumatera, Indonesia iaitu “ Adat Perpatih “. Adat Perpatih ini merupakan adat yang sebenar mereka amalkan. Daerah jelebu dikelilingi oleh Hutan Katulistiwa yang menghijau.

Dengan suasana persekitaran yang mengekalkan alam semulajadi dan budaya Adat Perpatih, Homestay Klawang mempunyai satu keunikkan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk sama-sama mengecapi suasana kampung yang masih terpelihara alam semulajadinya dan mengekalkan ciri-ciri tradisinya.

Homestay Klawang terletak di Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. 78 kilometer dari Kuala Lumpur dan 40 kilometer dari Seremban dengan anggaran masa perjalanan hanya mengambil masa selama 20 minit dari bandar Seremban dan 40 minit dari KLIA.

Untuk sampai ke homestay ini, anda boleh mengambil perkhidmatan teksi sewa dan bas 'City Liner' dari Terminal 1 di bandar Seremban.Jika anda ingin memandu sendiri, anda boleh memandu melalui jaringan Lebuh Raya Bukit Tangga sehingga tiba di Pekan Kuala Klawang, Jelebu. Dari Ampang Kuala Lumpur melalui Jalan Genting Press dan terus ke pekan Kuala Klawang. Dari Kuala Pilah Melalui Simpang Pertang dan dari Karak melalui Simpang Durian. Setibanya di Pekan Kuala Klawang, terdapat banyak papan tanda tunjuk arah yang akan membantu anda untuk mudah sampai ke homestay Klawang ini.

Untuk menginap di sini para pelancong boleh menghubungi :-

  1. PN. SITI HAWA BINTI AB. MUKTI Phone. (H/P): 012-3364301 (H): 06-6136690 E-mel: hawanajelebu@gmail.com
  2. EN. KAMARULZAMAN BIN ABD. LATIF (H/P): 019-3969862
  3. EN. IBRAHIM BIN SALLEH (H/P): 016-2887142 (H/P): 016-2887142

Untuk mendapatkan maklumat tentang homestay dengan lebih jelas, sila klik sini (http://ww.homestay.uum.edu.my/)


<<Kembali


Hakcipta Terpelihara 2010 © Majlis Daerah Jelebu.
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768