MENU

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Majlis Daerah Jelebu

VISI

Untuk Menyediakan Prasarana Dan Persekitaran Hidup Yang Moden, Selamat Dan Sesuai Dengan Pembangunan Bandar Yang Mampan

OBJEKTIF

  • Merancang Pembangunan Dan Pembinaan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Di Bawah Pentadbiran Majlis

FUNGSI JABATAN

  • Merancang Dan Membina Kemudahan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam.
  • Menyelenggara Segala Kemudahan Infrastruktur, Kemudahan Awam Dan Harta Majlis.
  • Mengeluarkan Permit-Permit Sementara.

PIAGAM PELANGGAN

  • Memberikan Kelulusan Ke Atas Permohonan Perancangan Dan Pembangunan Yang Telah Mematuhi Kehendak-Kehendak Perancangan Tidak Melebihi 2 Bulan.

CARTA ORGANISASI JABATAN KEJURUTERAAN

BAHAGIAN JALAN
 

  • Merancang dan membina projek jalan & longkang tepi jalan di kawasan majlis.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan, longkang tepi jalan dan lorong belakang majlis.
  • Menyemak & membuat ulasan kepada pelan-pelan permohonan pembangunan infrastruktur untuk sekim perumahan Awam dan Swasta mengenai sistem jalan dan saliran untuk tujuan kawalan pembangunan.
  • Memeriksa dan menyokong pengeluaran Sijil Layak Menduduki bagi kerja-kerja jalan, longkang-longkang sekim perumahan Awam dan Swasta.
  • Mengeluarkan dan mengawal permit pengorekan jalan oleh agensi awam atau swasta.
  • Menyemak semua cadangan dan rekabentuk  R&D (Roads & Drainage), Lalulintas dan Saliran bagi semua permohonan pembangunan untuk kelulusan OSC.
  • Mengadakan perbincangan awal "Pra-Submission"  semua permohonan sebelum penyerahan sebenar  oleh pihak pemaju.

BAHAGIAN SALIRAN
 

  • Merancang, mengenalpasti & membina projek-projek saliran & pencegahan banjir seperti longkang utama, jambatan & sistem saliran "Mesra Alam".
  • Menyelenggara & membaiki longkang-longkang utama & sistem mencegah banjir, kolam tadahan & takungan "Mesra Alam".
  • Menyemak & membuat ulasan bagi permohonan pembangunan tanah untuk skim-skim perumahan awam mengenai longkang -longkang  utama & sistem-sistem pengaliran dan saliran untuk tujuan kawalan pembangunan,
  • Memeriksa dan menyokong pengeluaran Sijil Layak Menduduki bagi pembinaan utama & kolam-kolam tadahan/takungan untuk skim perumahan Awam dan Swasta.
  • Menyediakan garis panduan perlaksanaan Sistem "Mesra Alam" serta memantau dan membuat pengubahsuaian dari masa ke semasa.   

BAHAGIAN LALULINTAS
 

  • Merancang, merekabentuk & membina projek-projek jalan, jambatan, persimpangan, lampu jalan, perabut jalan & lampu isyarat.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan lampu isyarat, lampu jalan & persimpangan.
  • Menyemak & membuat ulasan bagi permohonan infrastuktur lalulintas sekim perumahan awam dan swasta untuk kelulusan pembangunan.
  • Memeriksa dan menyokong pengeluaran Sijil Layak Menduduki bagi kerja-kerja berkaitan lalulintas.
  • Membuat penyelidikan mengenai tahap jalan persimpangan untuk mengelakkan kesesakkan lalulintas dari masa kesemasa.

BAHAGIAN KERJA & BANGUNAN
 

  • Merancang dan membantu merekabentuk bagi menyediakan pelan-pelan, gerai, rumah kedai, tandas awam dan lain-lain.
  • Menguruskan dan menyelia projek-projek bangunan dan kemudahan awam yang lain.
  • Menjalankan kerja penyelenggaraan & pembaikan bagi bangunan-bangunan dan harta Majlis.
  • Melaksanakan  kerja-kerja pertukangan dan persiapan bagi acara-acara Majlis.

BAHAGIAN MEKANIKAL & M.E
 

  • Mengurus dan melaksanakan projek-projek mekanikal serta penyelenggaraan ke atas peralatan mekanikal.
  • Menyelenggaraan semua peralatan mekanikal pada bangunan-bangunan Majlis termasuk lif-lif, generator, peralatan pencegahan kebakaran dan lain-lain.
  • Menyediakan penilaian pembelian kenderaan-kenderaan Majlis.
  • Menyelenggaraan & membaiki kenderaan-kenderaan Majlis.
  • Menyelaraskan peruntukan kenderaan untuk jabatan serta merangka program pembelian kenderaan Majlis.
  • Mengurus dan melaksanakan projek-projek elektrikal serta penyelenggaraan ke atas peralatan elektrik.
  • Merangka, merancang program jangka panjang / pendek bidang elektrikal untuk semua premis Majlis.

UNIT PENTADBIRAN AM
 

  • Menyediakan sistem fail dan rekod Jabatan Kejuruteraan.
  • Menyediakan surat-surat dan segala urusan yang berkaitan dengan perjalanan dan pentadbiran pejabat.
  • Mengendalikan semua urusan personal Pegawai dan Kakitangan Jabatan Kejuruteraan.
  • Menguruskan semua hal mengenai fail-fail projek.
  • Menyediakan surat-surat dan borang-borang Standard Pengurusan Projek.
  • Menyediakan penyata akaun bayaran kemajuan kerja dan dokumen bayaran kontrak.

BAHAGIAN UKUR BAHAN
 

  • Menyediakan kaedah, Piawai dan Standard bagi kerja-kerja Ukur Bahan untuk dilaksanakan mengikut kehendak Majlis dan Lembaga Ukur Bahan Malaysia.
  • Mengemaskini semua peraturan dan arahan Perbendaharaan serta polisi Kerajaan dan Majlis dari masa kesemasa mengenai Perolehan.
  • Menyediakan Bills of Quantities dan Specification serta membuat taking off, abstracting, billing dan menyediakan anggaran kos bagi kerja-kerja Kontrak untuk tujuan tender.
  • Membuat penilaian tender untuk diperakukan kepada Majlis atau pihak Kerajaan Negeri untuk pemilihan.
  • Menyediakan Bayaran Kemajuan Kerja Projek dari masa kesemasa.
  • Menyediakan pengkalan data prestasi dan keupayaan Kontraktor untuk tujuan penilaian.