MISI
Menjadikan Pejabat Undang-Undang sebagai jabatan contoh dalam melaksana dan menguatkuasaaan perundangan, polisi dan peraturan sediada untuk menfaat Majlis dan warga kota.
VISI
Meningkatkan kesedaran tentang pematuhan undang-undang di kalangan wargakota Ipoh. Peningkatan Pemahaman dan Perlaksanaan Perundangan Negara Secara Menyeluruh.
OBJEKTIF PEJABAT UNDANG-UNDANG
Pejabat ini bertanggungjawab membentangkan undang-undang kecil kepada Majlis disamping menguatkuasakan dan menentukan segala aspek perundangan yang dibuat oleh Majlis Bandaraya Ipoh dipatuhi dan dikuatkuasakan sepenuhnya.
FUNGSI-FUNGSI
- Memberi nasihat, pendapat dan pandangan kepada jabatan-jabatan lain dalam Majlis meliputi segala aspek perundangan.
- Mengendalikan urusan pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di dalam kawasan Majlis dan membuat tuntutan hutang (civil claim) terthadap mana-mana orang yang mempunyai hutang / tunggakan dengan Majlis Bandaraya Ipoh.
- Menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan undang-undang seperti kontrak dan surat-surat perjanjian.
- Menggubal notis, waran dan perintah-perintah termesti yang berkaitan dengan kerja-kerja penguatkuasaan.
- Menggubal, meminda, mengulangkaji dan menterjemah semua undang-undang dan perintah yabg dipakai dan dikuatkuasakan oleh Majlis dan menderaf undang-undang kecil / perintah-perintah baru serta pindaan-pindaannya.
FUNGSI-FUNGSI UTAMA JABATAN
Bahagian Undang-Undang
- Memberi nasihat dan perkhidmatan perundangan tepat kepada Jabatan yang memerlukan agar segala tindakan yang diambil tidak "ultra vires" dengan sebarang undang-undang yang sedia ada.
- Bertanggungjawab menyediakan, menggubal dan menyemak deraf Undang-Undang Kecil, Perintah,Pekeliling serta Kaedah sama ada baru atau pindaan.
- Menyediakan dan menyemak deraf pelbagai perjanjian dan ‘legal notice' yang diperlukan.
- Mengurus fail-fail saman, kertas pengaduan serta pertuduhan untuk pendaftaran kes pendakwaan ke Mahkamah.
- Bertanggungjawab meneliti, menjalankan sebutan dan pendakwaan bagi kes Majlis.
- Menguruskan hal tuntutan pembelaan, tindakan-tindakan sivil bersama peguam panel Majlis.
- Menguatkuasakan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis dan bersama-sama agensi bertanggunjawab menjalankan operasi-operasi penguatkuasaan.
- Mengeluarkan notis amaran kepada sesiapa yang gagal membayar kompaun yang ditetapkan pada masa yang ditetapkan.
- Menyediakan dan membantu pegawai penyiasat dalam menyediakan kertas siasatan untuk kes-kes yang diperlukan untuk pendakwaan.
- Membantu Jabatan Penilaian dalam menjalankan sitaan terhadap penyewa yang tertunggak bayaran sewaan.
- Membantu Jabatan-jabatan lain dalam Majlis untuk tindakan sitaan kedai atau premis sewaan yang gagal membayar tunggakan sewa.
- Membantu Jabatan Penilaian untuk tindakan penguatkuasaan Pesuruhjaya Bangunan (Commissioner Of Building).
- Memberi kesedaran kepada orang ramai supaya menghargai undang-undang dan peraturan yang digunapakai oleh Majlis melalui khidmat nasihat yang diberikan.
AKTIVITI-AKTIVITI BAGI FUNGSI-FUNGSI UTAMA
Bahagian Undang-Undang
Memberi nasihat dan perkhidmatan perundangan tepat kepada Jabatan yang memerlukan agar segala tindakan yang tidak "ultra vires" dengan sebarang undang-undang yang sedia ada.
- Menerima fakta-fakta yang berkaitan daripada Majlis atau Jabatan yang memerlukan.
- Memberi khidmat nasihat berdasarkan peruntukan undang-undang.
Bertanggungjawab menyediakan, menggubal dan menyemak deraf Undang-Undang Kecil, Perintah serta Kaedah sama ada baru atau pindaan.
- Mesyuarat Penuh sebagai penggubal UUK, Perintah, Kaedah dan Peraturan.
- Dikemukakan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri untuk semakan.
- Dikemukakan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Kerajaan Tempatan) untuk diangkat ke MMKN untuk pengesahan.
- Kembalikan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri untuk arahan pengwartaan.
- Pengwartaan oleh Percetakan Nasional Berhad.
Menyediakan dan menyemak deraf pelbagai perjanjian dan ‘legal notice' yang diperlukan.
- Perlu ada "win-win situation" di kedua-dua pihak.
- Berdasarkan peruntukan undang-undang.
- Berdasarkan prinsip perjanjian.
Mengurus fail-fail, saman, pengaduan serta pertuduhan untuk pendaftaran kes pendakwaan ke Mahkamah. Aktiviti :
- Kertas saman, kertas pertuduhan dan pengaduan.
Bertanggungjawab meneliti, menjalankan sebutan dan pendakwaan bagi kes Majlis. Aktiviti :
- Pegawai Pendakwa hendaklah mendapat kuasa daripada TPR mengikut peruntukan Seksyen 377 (b) Kanun Tatacara Jenayah.
- Perkara-perkara yang berkaitan dengan pendakwaan perlu mendapat izin pendakwaan daripada TPR.
- Ke Mahkamah untuk sebutan kes atau perbicaraan.
Menguruskan hal tuntutan pembelaan, tindakan-tindakan sivil bersama peguam panel Majlis. Aktiviti:
- Semak saman oleh pihak yang berkaitan.
- Peguam Panel.
- Maklumat-maklumat kes berkaitan.
LATAR BELAKANG
Pejabat Undang-Undang Majlis Bandaraya Ipoh ditubuhkan pada tahun 1983 dan dahulunya dikenali sebagai Bahagian Undang-Undang, diketuai oleh seorang Ketua Penolong Setiausaha (Undang-Undang) dan diletakkan di bawah satu jabatan iaitu Jabatan Undang-Undang Dan Penguatkuasaan. Pada masa sekarang Pejabat Undang-Undang diletakkan di bawah kawalan Pejabat Datuk Bandar,diketuai oleh seorang Pegawai Undang-Undang dan mempunyai kakitangan sebanyak 11 anggota yang terdiri daripada :-
- 1 Pegawai Undang-Undang (L41)
- 2 Pembantu Undang-Undang (L29);1 Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi (N22)
- 5 Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi (N17)
- 1 Pembantu Tadbir Rendah – Jurutaip (N11)
- 1 Pembantu Am Pejabat (N4)
STRATEGI
Mendidik orang ramai agar menghargai undang-undang dan melaksanakan tindakan yang lebih berkesan melalui tindakan seperti berikut :-
- Inisiatif untuk menggubal Undang-Undang Kecil baru.
- Mewujudkan dokumen perjanjian apa-apa yang berkaitan dengan kontrak.
- Melaksanakan tindakan penguatkuasaan melalui tindakan nasihat, amaran, kompaun, rampasan dan lain-lain.
- Memastikan pengurangan kompaun dibuat dengan pertimbangan yang adil dan munasabah.
PIAGAM PELANGGAN PEJABAT UNDANG-UNDANG
Kami sebagai kakitangan Pejabat Undang-Undang Majlis Bandaraya Ipoh akan memberikan perkhidmatan yang mesra, cekap, amanah dan berkualiti dalam melaksanakan fungsi-fungsi Jabatan dan kearah menjadikan Majlis Bandaraya Ipoh sebagai sebuah organisasi yang cemerlang. Sehubungan dengan itu, kami berjanji untuk :-
- Memberikan maklumat perundangan yang tepat.
- Memberi nasihat dan pandangan perundangan kepada jabatan-jabatan dalaman Majlis Bandaraya Ipoh, agensi-agensi luar dan orang awam dalam tempoh 5 hari dari tarikh ianya diterima, sekiranya tidak melibatkan agensi / jabatan lain.
- Menyediakan deraf perjanjian kontrak dalam tempoh 14 hari dari tarikh arahan diterima.
- Menjamin denda untuk kompaun dikenakan dengan munasabah dan adil.
- Memastikan semua dokumen perundangan dan dokumen berkaitan kes-kes mahkamah selamat dalam simpanan pejabat.
- Menyediakan kertas pengaduan, pertuduhan, saman dan memfailkan kes-kes ke mahkamah dalam tempoh 7 hari dari tarikh fail yang lengkap diterima.
- Memproses fail-fail yang diterima daripada jabatan-jabatan lain dalam Majlis untuk tindakan mahkamah dalam kadar segera.
- Memastikan tindakan litigasi sivil oleh dan terhadap Majlis Bandaraya Ipoh dikendalikan oleh Panel Peguam yang mahir dan berpengalaman terutama dalam undang-undang Kerajaan Tempatan.
- Menyemak dan mengemaskini perundangan setiap 5 tahun.
- Memaklumkan keputusan kes-kes kepada jabatan-jabatan berkenaan dalam tempoh 5 hari dari tarikh keputusan mahkamah diterima.
- Semua aduan akan diambil tindakan dalam masa 1 minggu.
- Sentiasa memastikan imej Majlis Bandaraya Ipoh dan kepentingan awam terpelihara dalam segala aspek tindakan kerja pejabat ini.
- Merundingkan dengan saksama penyelesaian kes-kes di luar mahkamah bagi kes-kes litigasi sivil bertujuan untuk mengurangkan kos di kedua-dua belah pihak.
- Member keutamaan kepada kes-kes yang perlu difailkan dalam tempoh khusus mengikut kehendak statutori seperti kes di bawah Akta Makanan 1983.
Direktori
|
ENCIK SYAHRUL ‘AZRIN BIN GHAZALI |
![]() |
|
ENCIK MOHAMAD KUSHAIRI BIN NORDIN |
|
|
PUAN ANIZA BINTI ABDULLAH BAHARUDDIN |
![]() |













