
Ketua Bahagian : Encik Muhammad Taufik bin Ismail
Penolong Jurutera JA6
Email: taufik@mdjelebu.gov.my / kejuruteraan@mdjelebu.gov.my
Objektif
Bahagian Kejuruteraan dan Pembangunan adalah bahagian yang bertanggungjawab dalam melaksanakan projek-projek pembangunan, infrastruktur dan kemudahan awam di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Daerah Jelebu bagi memastikan kelestarian dan kesejahteraan penduduk setempat dapat dicapai dengan pembangunan prasarana yang lengkap.
Fungsi
- Memberikan ulasan untuk pelan-pelan bangunan, infrastruktur untuk kerja tanah, jalan dan parit, serta lampu jalan.
- Merancang dan melaksanakan semua kerja-kerja infrastruktur dan kemudahan awam.
- Menguruskan permit kerja-kerja kecil, permit bangunan sementara dan permit-permit laluan.
- Memproses pelan-pelan kerja tambahan dan ubah suai bangunan.
- Menguruskan dan melaksanakan proses sebut harga dan tender kerja.
- Memberi nasihat teknikal untuk projek-projek pembangunan yang dilaksanakan secara usaha sama dengan pihak swasta, ulasan teknikal kepada Unit OSC dan Bahagian Kesihatan Awam Dan Perkhidmatan Perbandaran , Majlis Daerah Jelebu.
- Memberikan ulasan teknikal bagi permohonan CCC (Sijil Pematuhan dan Penyiapan)."











