
Ketua Bahagian : Gs Muhammad Anis bin Abd Latif
Pegawai Perancang Bandar Dan Desa J9
Email: anislatif@mdjelebu.gov.my / bkp@mdjelebu.gov.my
Objektif
- Mengawal dan meninggikan taraf kesihatan awam bagi penduduk yang tinggal dalam kawasan operasi Majlis Daerah Jelebu agar mereka dapat hidup dalam suasana yang selesa dan tenteram.
- Memastikan tahap kebersihan bandar dan tempat-tempat awam berada dalam keadaan terkawal serta mencegah wujudnya penyakit berjangkit, sama ada penyakit bawaan makanan dan air mahupun bawaan vektor.
- Mengawal dan meningkatkan taraf kebersihan mutu makanan dari peringkat penyediaan hingga ke peringkat penjualan.
- Menentukan semua jenis perniagaan yang beroperasi dalam kawasan Majlis Daerah Jelebu dilesenkan dan sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
- Mewujudkan kesedaran di kalangan penduduk di dalam kawasan Majlis Daerah Jelebu mengenai kepentingan kesihatan dan kebersihan persekitaran.
- Melaksanakan Akta dan Undang-undang Kecil yang berkaitan dengan Kesihatan Awam dan Pelesenan Majlis Daerah Jelebu.
Fungsi Bahagian
- Mengawal dan memastikan semua permohonan lesen dan permit mematuhi syarat-syarat pelesenan dan undang-undang yang berkaitan.
- Memantau serta menguruskan pengeluaran semua jenis lesen dan permit bagi tujuan pembaharuan dan pembatalan.
- Memberi khidmat nasihat berhubung dengan garis panduan dan syarat-syarat pelesenan kepada pemohon.
- Membuat kajian terhadap semua permasalahan berkaitan pelesenan.
- Mencadangkan dasar-dasar dan syarat-syarat yang berkaitan pelesenan seperti penjaja, papan iklan, hiburan dan lain-lain.
- Menjalankan tindakan penguatkuasaan pelesenan dan juga memantau segala aduan awam yang diterima.
- Pengisian gerai-gerai Majlis Daerah Jelebu yang kosong.
- Menguruskan proses peruntukan gerai atau petak niaga dan penjaja serta mengawal dan melesenkan penjaja berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta Undang-undang Kecil Penjaja Majlis Daerah Jelebu.
- Menyelenggara dan melesenkan semua pasar awam atau persendirian meliputi penguatkuasaan Undang-undang Kecil Pasar Majlis Daerah Jelebu.
- Mengawal perkembangan dan melesenkan pasar lambak, pasar mingguan, pasar malam dan lain-lain yang berkaitan di seluruh kawasan operasi Majlis Daerah Jelebu.
- Melesenkan premis-premis perniagaan, kilang-kilang makanan dan minuman dan juga melesenkan premis yang menjalankan apa-apa tred, perniagaan, perindustrian dan lain-lain profesion yang terdapat dalam kawasan operasi Majlis Daerah Jelebu.
- Mengawal dan melesenkan kantin-kantin yang terdapat dalam kilang, sekolah dan juga pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta.
- Mengawal dan menjalankan kerja-kerja pemantauan dalam aktiviti kawalan mutu makanan.











