
Ketua Bahagian : Encik Muhammad Ariff bin Abd Aziz
Penolong Pegawai Tadbir N6
Emel : ariff@mdjelebu.gov.my / pentadbiran@mdjelebu.gov.my
Objektif:
Memberikan perkhidmatan pengurusan pentadbiran, latihan, dan kemahiran kepada semua warga kerja Majlis Daerah Jelebu selaras dengan peraturan-peraturan yang guna pakai bagi memastikan pentadbiran yang cekap dan berkesan. Selain itu, objektif ini bertujuan untuk meningkatkan tahap profesionalisme bagi memberi perkhidmatan sokongan meliputi pentadbiran, perkhidmatan, dan perjawatan selaras dengan pekeliling-pekeliling yang dikuatkuasakan dari masa ke masa.
Fungsi Bahagian:
- Pengurusan mesyuarat Majlis Daerah Jelebu.
- Pengurusan hal ehwal pentadbiran dan sumber manusia.
- Menguruskan Program Agenda Tempatan 21 (Local Agenda 21), program Majlis, dan Program Mesra Rakyat.
- Menguruskan aduan awam dan Hari Bersama Pelanggan.
- Menguruskan perkhidmatan kakitangan, perjawatan, pengambilan kakitangan, penempatan, pertukaran, dan tatatertib kakitangan Majlis.
- Menguruskan urusan surat-menyurat, mesyuarat-mesyuarat keselamatan, dan aduan awam.
- Mempercepat segala pengurusan dan pentadbiran harian kakitangan melalui aktiviti-aktiviti seperti pelantikan baharu, pengesahan dalam jawatan, peletakan dalam jawatan berpencen, peperiksaan, caruman KWSP/pencen, cuti, pergerakan pegawai, dan lain-lain tugasan yang diarahkan dari masa ke masa.











