
Ketua Bahagian : Puan Noraszura binti Nordin
Penolong Pegawai Penilaian W6
Email: noraszura@mdjelebu.gov.my / penilaian@mdjelebu.gov.my
Objektif
Menilai pegangan/harta yang boleh dikenakan cukai di kawasan Majlis Daerah Jelebu bagi maksud kadaran dengan adil dan saksama mengikut peruntukan di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Fungsi Bahagian
- Melakukan kerja-kerja penilaian bagi tujuan kadaran untuk harta tanah yang berada di dalam kawasan Majlis Daerah Jelebu.
- Mengendalikan tuntutan Caruman Membantu Kadar daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan badan-badan berkanun.
- Mengeluarkan Notis Kenyataan Pindaan dan menguruskan Lembaga Rayuan Pindaan Senarai Nilaian untuk pendengaran bantahan Senarai Nilaian.
- Mengendalikan perizaban kawasan lapang yang berada di bawah kawalan Yang Dipertua, Majlis Daerah Jelebu.
- Mengendalikan urusan-urusan pemilikan harta tanah Majlis Daerah Jelebu sama ada melalui perizaban mahupun pemilikan.
- Melayan, menyiasat, dan menjawab aduan orang awam berhubung masalah cukai taksiran.
- Menyediakan maklumat harta tanah untuk jabatan lain seperti NAPIC dan JPPH.
- Memberikan nombor bangunan dan jalan untuk projek perumahan dan bangunan baharu.
- Menyediakan kertas kerja tertentu sebagaimana diarahkan oleh Setiausaha atau YDP untuk dibawa ke dalam Mesyuarat Penuh bagi makluman atau kelulusan Ahli Majlis Daerah Jelebu.
- Menguruskan pindah milik di dalam daftar pemilik/fail peribadi MDJ.
- Menyelia fail-fail harta tanah yang berada di bawah kawalan MDJ.
- Mengendalikan proses hapus kira untuk tunggakan yang tidak dapat dikutip untuk dibawa ke dalam Mesyuarat Penuh dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.
- Mengendalikan proses tuntutan cukai pintu melalui Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
- Mengeluarkan surat pengesahan kawasan operasi dan kawalan.
- Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan daripada Unit Penilaian.











