MENU

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Majlis Daerah Jelebu

Ketua Bahagian : Gs Muhammad Anis bin Abd Latif 

Pegawai Perancang Bandar Dan Desa J9

Email : anislatif@mdjelebu.gov.my / perancangbandar@mdjelebu.gov.my

Objektif

Bahagian Perancang Bandar dan Desa berperanan untuk membentuk fungsi pembangunan yang komprehensif untuk mencapai suasana perbandaran yang mampan dan seimbang. Selain itu, unit ini turut bertanggungjawab terhadap keindahan atau landskap di Daerah Jelebu.

Fungsi Bahagian

  • Memproses permohonan bagi Kebenaran Merancang berdasarkan Kaedah Kawalan Perancangan, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
  • Menguatkuasakan peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) bagi aktiviti salah guna bangunan.
  • Menyediakan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
  • Menjalankan kajian terhadap isu-isu perancangan semasa dan menjadi urus setia kepada program dan projek berkaitan perancangan serta penyelesaian isu infrastruktur dan kemudahan awam.
  • Mengawal dan menetapkan nama taman perumahan, jalan, dan nombor bangunan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Jelebu.
  • Membuat lawatan tapak berkaitan permohonan tukar syarat, pecah tanah, pecah sempadan, pengambilan balik tanah, dan projek-projek kerajaan.
  • Melawat serta mengawasi projek-projek pembangunan supaya mengikut syarat serta spesifikasi Majlis Daerah Jelebu.
  • Merancang dan membangunkan landskap di kawasan Majlis Daerah Jelebu.