
Ketua Bahagian : Puan Siti Nurhafizah binti Abdullah Sani
Jawatan : Penolong Akauntan W5
Emel : nurhafizah@mdjelebu.gov.my / perbendaharaan@mdjelebu.gov.my
OBJEKTIF
Memastikan semua urusan kewangan Majlis sentiasa mengikut prosedur serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
FUNGSI BAHAGIAN
- Menyediakan laporan tahunan bagi hasil kutipan keseluruhan.
- Menyediakan belanjawan tahunan.
- Menyediakan prosedur yang berkesan bagi sistem perakaunan Majlis dengan tujuan mengawal pengurusan kewangan selaras dengan Arahan Perbendaharaan.
- Menentukan segala bayaran bil, gaji, dan elaun kakitangan dibuat dalam masa yang ditentukan tanpa sebarang kelewatan.
- Mengendalikan, menyimpan, mengawal, dan mengemas kini rekod Majlis.
- Mengatur urusan penyediaan bajet tahunan.
- Bertanggungjawab bagi menentukan segala perbelanjaan Majlis disemak dan disahkan.
- Menyediakan akaun tahunan.
- Bertanggungjawab kepada pengurusan kewangan dan perakaunan Majlis serta mengawal dan menyelia operasi-operasi:
- Kutipan dan terimaan
- Pembayaran
- Perakaunan











