
Ketua Unit : Puan Rozita binti Roslan
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA6
Email: rozita@mdjelebu.gov.my / ict@mdjelebu.gov.my
Objektif
Melaksanakan kerja perancangan pembangunan dan pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi dengan cekap dan berkesan bagi mereakisasikan matlamat Majlis Daerah Jelebu dalam perancangan pemodenan pembangunan dan kemudahan sosioekonomi, serta perkhidmatan terbaik kepada orang awam.
Fungsi Unit:
- Berusaha memastikan semua operasi jabatan Majlis Daerah Jelebu yang menggunakan kuasa teknologi maklumat mendapat kemudahan sistem rangkaian komunikasi (LAN dan WAN), sistem pangkalan data, portal dan e-mel jabatan berfungsi dengan baik sepenuhnya tanpa sebarang gangguan kepada pengaksesan pengguna dalaman (kakitangan MDJ) dan pengguna (orang awam).
- Menyelenggara dan menguruskan sistem perakam waktu (biometrik) Majlis Daerah Jelebu serta memberi khidmat nasihat dan bantuan ICT kepada semua bahagian dan pengguna.
- Menguruskan laman web rasmi Majlis Daerah Jelebu dan keselamatan internet.
- Memastikan keselamatan sistem rangkaian komputer sentiasa terpelihara, merancang keperluan dan penyelenggaraan perkakasan komputer, merancang dan menyelaras pembangunan aplikasi Majlis, serta merancang pelan strategik pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Majlis Daerah Jelebu.
- Menyelia pergerakan harta modal (inventori komputer) Majlis Daerah Jelebu.
- Melaksanakan kerja-kerja kawal selia penambahbaikan sistem ePBT ke sistem ePBT 2.0.
- Penyelenggaraan perkakasan, perisian, dan sistem dengan kerjasama pembekal yang telah dilantik.
- Mengkaji dan merancang kesesuaian penggunaan sistem operasi dari masa ke masa.
- Memastikan preventive maintenance (penyelenggaraan pencegahan) berjalan lancar dan menguruskan perkara-perkara yang berkaitan.











