MENU

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Majlis Daerah Jelebu

Pesuruhjaya Bangunan (COB) diwujudkan di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663] serta Bahagian VI dan VII Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] yang bertanggungjawab mengawal selia pemaju, Badan Pengurusan Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC) dan pemilik petak bagi memastikan bangunan dan harta bersama disenggarakan dan diuruskan dengan sempurna.

Penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama di bawah Akta 663 meliputi semua jenis bangunan yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata seperti berikut:-

  • Bangunan kediaman seperti kondominium, pangsapuri serta pemajuan berkonsepkan komuniti berpagar (gated community); dan
  • Bangunan komersial seperti bangunan pejabat, kompleks membeli belah, pangsapuri perkhidmatan (service apartment), pemajuan bercampur (mixed development) dan bangunan industri.

Bagi tahun 2011, terdapat sebanyak 63 kawasan pemajuan yang terdiri daripada 8,267 unit petak berstrata di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh yang tertakluk di bawah Akta 663 dan Akta 318. Pecahan jenis pihak pengurusan pada tahun 2011 adalah seperti berikut: -

Jenis Pihak Pengurusan

Bilangan

 Badan pengurusan Bersama

32

 Perbadanan Pengurusan

23

 Pemaju

8

 

VISI 

UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN

Menjadi sebuah bahagian yang efisien dan profesional dalam memastikan kesempurnaan dan keberkesanan penyenggaraan dan pengurusan bagi semua jenis bangunan berstrata yang dilaksanakan oleh pihak pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau ejen.
 

MISI

UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN

Memastikan semua jenis bangunan berstrata adalah bersih, terurus dan harmoni melalui kewalseliaan yang efisien, penguatkuasaan yang ketat serta khidmat nasihat yang profesional.
 

FUNGSI

UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN

  1. Menyelia inventori kawasan pemajuan yang tertakluk di bawah Akta 663 dan Akta 318.
  2. Memastikan Badan Pengurusan Bersama ( Joint Management Body) diwujudkan di  setiap kawasan pemajuan.
  3. Menguruskan aduan-aduan dan masalah-masalah berkaitan pengurusan dan  penyenggaraan bangunan bertingkat dan bangunan yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata.
  4. Menguatkuasakan perlaksanaan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663] dan Akta Hakmilik strata (Akta 318).

Alamat :  Unit Pesuruhjaya Bangunan                         Tel.    :    05 - 2083320
                Majlis Bandaraya Ipoh,                           
                Jalan Sultan Abdul Jalil,                               Faks  :     05 - 2083511
                Perak Darul Ridzuan.
 

Senarai Kakitangan

No

Nama

Jawatan

 1.

 Abdul Manaf bin Abu Bakar

 Pegawai Penilaian

 2.

 Dzulkiffli bin Yahaya

 Penolong Pegawai Penilaian

 3.

 June binti A. C. Din

 Penolong Pegawai Tadbir

 4.

 Siti Norlaila binti Musa

 Penolong Akauntan

 5.  Fatimah binti Abd Rahman  Pembantu Tadbir (P/O)
 6.

 Monas Azreen bin Mohd Nasarudin

 Pembantu Am Pejabat